Home » » Gambar Gambar Kerja Menakung Air Empangan Paya PEDA

Gambar Gambar Kerja Menakung Air Empangan Paya PEDA

Written By aku on Monday 15 June 2015 | 1:39 am

Gambar Gmbar Kerja Menakung Air Empangan Paya Peda Besut, Proses menakun air bermula pada  proses menakung air yang dimulakan sejak 9 April lalu itu dijangka mengambil masa antara tiga hingga empat sete­ngah bulan sebelum kawasan tadahan berkeluasan takungan seluas 1,200 hektar itu dipenuhi air setinggi 43 meter.
Dalam tempoh itu, menurutnya, air tidak akan dilepaskan untuk mengairi beberapa kawasan penanaman padi sebagaimana sebelum ini yang akan menyebabkan aktiviti penanaman padi terpaksa ditangguhkan untuk musim ini.

“Keadaan ini mengakibatkan kira-kira 810 hektar kawasan sawah di enam skim pengairan kecil dan tidak boleh ditanam padi pada musim kali ini yang menyebabkan ketiadaan hasil padi kira-kira 4,083 tan metrik.Empangan Paya Peda terletak di Hulu Besut, Terengganu. Empangan ini hampir 98 peratus siap dan pada Ogos 2015 dijangka mula beroperasi. Empangan ini melibatkan Sungai Angga,Sungai Peda dan Sungai Besut. Kos pembinaan empangan ialah RM349 juta yang dimulakan pembinaannya pada 2010 dan sepatutnya siap pada 30 November 2013 tetapi terlewat selama 1 tahun 4 bulan .Tujuan empangan ini bagi membekalkan air kepada 2,759 pesawah dalam Skim Pengairan Besut.

Empangan Paya Peda terletak kira-kira 1.5 kilometer di Hulu Angga Barrage dan 17 kilometer dari bandar Jerteh. Apabila siap, empangan seluas 77 kilometer persegi itu bakal dijadikan kawasan tadahan dan takungan bagi menampung 168 juta meter padu air untuk tanaman padi dua kali setahun di daerah Besut.

Pengarah Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA), Zulkifly Harun memaklumkan bahawa Empangan ini dapat menakung hujan di sekitar 7,500 hektar kawasan tadahan seluas 1,200 hektar itu. Kerja-kerja penyiasatan tanah, bancian dan topografi telah bermula pada pertengahan 2007.

Ia merupakan takungan air yang terbesar di daerah itu bagi dimanfaatkan bukan sahaja untuk tanaman padi tetapi sebagai sumber bekalan air bersih kepada penduduk, kegiatan industri pelancongan di samping mengatasi masalah banjir.

Empangan itu mampu menakung 200 juta meter padu air itu dan mampu menakung antara 15 hingga 20 peratus air hujan yang turun di musim tengkujuh kelak bagi mengelak berlakunya banjir.

Syarikat tempatan, Jaks Resources Berhad diamanahkan untuk menyiapkan projek ini dengan kerjasama Pembinaan Sujaman Sdn Bhd bermula 19 November 2009 dan dijangka siap pada Julai 2013. Projek ini mendapat peruntukkan dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia sebanyak RM333 juta.  




















Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger