Home » » "Kita tentang Umno sebab Allah suruh kita tentang Umno.

"Kita tentang Umno sebab Allah suruh kita tentang Umno.

Written By aku on Thursday 4 June 2015 | 3:16 pm


Perwakilan Pemuda PAS Perak Mohd Syakirin Hussein hari ini berkata, parti Islam itu tidak seharusnya menentang Umno selagi Allah tidak menyuruh mereka menentang parti tersebut.

Syakirin berkata, Islam tidak mengajar mereka untuk berjuang kerana Umno, sebaliknya hanyalah kepada Allah.

"Kita tentang Umno sebab Allah suruh kita tentang Umno. Kita tidak tentang Umno selagi Allah tidak suruh kita lawan Umno," katanya, ketika perbahasan ucapan dasar Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiyat di Shah Alam, hari ini.


"Sama-samalah berjuang dengan keaslian dakwah, jangan menuduh Umno salah.
"Jangan tuduh konflik 1MDB kerana  Umno, kita lawan bukan kerana Umno tetapi kita lawan kerana Allah, kita lawan Umno kerana Allah, kita lawan Umno kerana Allah suruh kita lawan Umno," katanya.

Tidak berapa lama kemudian, Syakirin yang berada di Dewan Banquet mengadakan sidang media ringkas menjelaskan kenyataannya yang didakwa "dimanipulasi".

"Di atas wahyu Allah Taala dan kalam Nabi menjadi hujah kepada kami, kami melawan Umno.

"Bukan saya kata jangan lawan Umno selagi Allah tak suruh.

"Itu satu manipulasi yang cukup biadap dan dia  mesti bertanggungjawab atas penyiaran melibatkan dunia sampai hari ini.

"Saya minta dalam masa tiga hari The Malaysian Insider mesti memohon maaf kepada saya secara terbuka yang mewakili Dewan Pemuda PAS Perak termasuklah kesucian dan kemurnian Pemuda PAS hari ini," katanya. – 3 Jun, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jangan-lawan-umno-selagi-allah-tak-suruh-kata-perwakilan-pemuda-pas#sthash.MrCBLKDZ.dpuf
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger