Home » » Ada lidah syaitan dalam Pas

Ada lidah syaitan dalam Pas

Written By aku on Thursday 4 June 2015 | 1:38 pm


SHAH ALAM - Perwakilan Pemuda Pas dari Perlis, Azhari Osman semalam tampil membidas ahli dan pimpinan Pas yang didakwanya cuba menghuru-harakan parti itu dalam isu ‘usaha menggabungkan Pas dengan Umno’.

Beliau melahirkan kekecewaan itu ketika sesi perbahasan dan penerimaan ucaptama Ketua Pemuda di Muktamar Pemuda Pas, di sini.

“Izinkan saya menyentuh kemelut dalam Pas hari ini.

“Di peringkat Pemuda, saya berasa kecewa kerana ada sesetengah ahli Pas bahkan pimpinan sendiri menjadi lidah syaitan,” katanya.

Ucapannya disambut teriakan sebilangan perwakilan dan pemerhati seolah-olah tanda sokongan.

Mengulas lanjut, beliau mengingatkan kembali penegasan dibuat Majlis Syura dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri.

“Institusi Pas tertinggi iaitu Majlis Syura menegaskan tidak ada usaha menggabungkan Pas dengan Umno. Bahkan Tuan Guru (Datuk Seri Abdul) Hadi Awang bertegas dalam setiap program Pas dalaman atau luaran bahawa tidak usaha menggabungkan Pas dengan Umno.

“Tetapi ada sesetengah (ahli) yang masih percaya...inilah golongan yang menimbulkan huru-hara dalam jemaah kita,” katanya.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger