Home » » PAS akui gagal jelaskan hudud kepada bukan Islam

PAS akui gagal jelaskan hudud kepada bukan Islam

Written By aku on Thursday 4 June 2015 | 2:47 am


Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat itu berkata, beliau baru-baru ini dihubungi seorang wakil rakyat bukan Islam bertanya tentang hudud, namun kecewa dengan jawapan skeptikal hanya "potong tangan" dan "hukuman rejam".

"Kegagalan kita juga untuk menjelaskan kepada umum dan kepada orang bukan Islam sendiri pun kita gagal," katanya semasa membahaskan usul memperkukuhkan Pakatan Rakyat (PR) dalam muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat di Shah Alam, hari ini.


Katanya, sebaliknya pindaan di bawah Akta Mahkamah Syariah 1965 (Akta 355) hukumannya terlampau ringan, malah mendapat sokongan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
"Ramai orang tidak tahu, tak faham dan tak nak faham. Akta dah ada cuma hukuman dia terlalu ringan," katanya.

Ahli Parlimen Kota Raja itu turut menegur pemimpin tertinggi DAP dan PAS yang terlalu selesa kepada sokongan pengundi mengikut kaum tertentu.

"Kepada DAP adakah mereka nak jadi pembangkang sahaja?

"Sepatutnya pemimpin PAS dan DAP duduk semeja dan tengok di mana kita dapat kecilkan (perbezaan) tapi saya rasa dah agak susah nak duduk. Maklumlah macam-macam terkeluar daripada mulut," katanya.

Sementara itu, perwakilan dari Selangor mencadangkan mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan cara PAS mempertahankan "wala" terhadap presidennya dan bertahaluf dengan pihak luar boleh keluar daripada Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor Wan Hasrina Wan Hassan berkata, Langkah Kajang yang berlaku tahun lalu membuktikan syarat tahaluf siyasi tidak diletakkan sebagai satu garis panduan.

"Jangan ghairah nak sampai ke Putrajaya maka kita langgar segala apa yang di hadapan kita, tak kira ianya selari dengan Islam sebagai agama perjuangan atau tidak.

"Seperti mana yang ditegaskan presiden kita akan terus perkukuhkan Pakatan Rakyat. Siapa yang tak suka kita mereka kena keluar daripada Pakatan Rakyat," katanya.

Beliau turut mengkritik segelintir ahli PAS melanggar keputusan presiden dan majlis syura sebaliknya mengikut arahan daripada pemimpin luar.

"Bukan semua tahaluf boleh campurtangan dalam parti kita. Kita hanya kerjasama politik dalam menghadapi isu yang berlaku. Tak boleh nak 'wala' kepada parti lain," katanya. – 3 Jun, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-akui-gagal-jelaskan-hudud-kepada-bukan-islam#sthash.upAffYHh.dpuf
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger