Home » » Tiada pesawat terhempas di Gua Musang - polis

Tiada pesawat terhempas di Gua Musang - polis

Written By aku on Thursday 4 June 2015 | 2:23 am

info yang pihak kami terima sebuah pesawat dikatakan terhempas di gua musang,kerja kerja mencari sedang dijalankan.

KOTA BHARU: Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata setakat ini pihaknya mengesahkan tiada insiden kapal terbang terhempas di Gua Musang. Kenyataan beliau merujuk kepada maklumat yang tersebar menerusi laman sosial serta panggilan yang diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan mengenai dakwaan individu tertentu melihat sebuah pesawat dipercayai terhempas di Rantau Manis, Gua Musang. Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.36 malam dan sepasukan pegawai serta anggota sudah bergegas ke lokasi kejadian. Bagaimanapun, hingga jam 10.30 malam tadi, bomba tidak menemui sebarang objek terhempas di kawasan yang dilaporkan.

BACA SINI >TERKINI Kecoh khabar angin mengatakan Sebuah Pesawat terhempas di gua musang <
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger