Home » » Perlu minta kebenaran untuk lakukan aktiviti LPT2

Perlu minta kebenaran untuk lakukan aktiviti LPT2

Written By aku on Wednesday 4 November 2015 | 6:36 am


KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu mengingatkan orang ramai termasuk pelajar sekolah agar tidak melakukan tindakan yang boleh mengundang bahaya kepada mereka dan pengguna jalan raya yang lain.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata tindakan sekumpulan pelajar sekolah yang membaca surah Yasin di bahu jalan Lorong Kecemasan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) adalah salah di sisi undang-undang.

Katanya biarpun perbuatan itu berniat baik namun pihak penganjur perlu memilih lokasi yang stategik seperti kawasan rawat dan rehat berhampiran lebuh raya tersebut.

"Saya nasihatkan kepada semua pihak yang ingin melakukan solat hajat mahupun bacaan yasin di sepanjang laluan itu mesti mengikut prosedur sepatutnya seperti mendapat kebenaran daripada pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia.

"Paling utama mereka perlu memilih lokasi yang sesuai kerana lorong kecemasan itu hanya dibenarkan kepada kenderaan yang rosak sementara menunggu bantuan dan bukannya untuk melakukan sebarang aktiviti," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Rosli berkata demikian mengulas mengenai tindakan pelajar dan guru daripada sekolah agama di negeri ini yang mengadakan solat hajat dan bacaan yasin LPT2 Sabtu lalu.

Gambar sebuah bas berhenti di tepi jalan dan pelajar sedang membaca Yasin di tepi LPT2 yang boleh mengundang bahaya menjadi viral di laman sosial dan mendapat perhatian netizen.

Menurutnya pihaknya akan memanggil pihak sekolah berkenaan bagi memberi amaran dan mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perkara itu.

Jelasnya tindakan itu boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana meletak kenderaan di lorong kecemasan.  - Bernama
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger