Home » » Ditikam, dikelar selepas kertas SPM

Ditikam, dikelar selepas kertas SPM

Written By aku on Wednesday 4 November 2015 | 6:41 am


Teluk Intan : Ppelajar lelaki yang baru sahaja selesai menduduki kertas Bahasa Inggeris 1 peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Melintang, di sini cedera selepas ditikam dan dikelar dengan pisau lipat oleh seorang rakan sekelasnya, pagi tadi.
Dalam kejadian 10 pagi itu, mangsa B Previen, 17, dikatakan diserang pelajar menggunakan pisau lipat selepas berlaku pergeseran seterusnya cabar mencabar di antara mereka sebelum mangsa ditikam dan dikelar.
Mangsa yang cedera di beberapa anggota badan dibawa oleh pihak sekolah ke Hospital Teluk Intan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Ketua Polis daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Menurutnya, siasatan pihaknya mendapati kejadian berlaku di SMK Hutan Melintang.
Beliau difahamkan pelajar lelaki yang menyerang mangsa sebelum ini tidak hadir ke sekolah selama tiga bulan kerana menghadapi masalah tekanan perasaan dan motif kejadian masih di siasat pihaknya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/90441#sthash.GepMMdjL.dpuf
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger