Polis kenalpasti 15 individu Pesta Bogel Di Teluk Bahang
Written By aku on Wednesday, 6 August 2014 | 4:19 pm
Georgetown: Polis sudah mengenalpasti 15 individu yang terbabit dalam isu rakaman Pesta Sukan Bogel di Teluk Bahang.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, mereka ini berasal dari Malaysia, Singapura, Filipina, Myanmar dan India.
"Kita sedang mengesan mereka ini yang terdiri daripada sembilan lelaki dan enam wanita.
"Setakat ini, kita sudah mengambil keterangan daripada 10 individu yang terdiri daripada orang awam bagi membantu siasatan," katanya ketika ditemui, sebentar tadi.
--hmetro
Labels:
Jenayah