Home » » Debat 1MDB Mungkin Jumaat ini, 9-10 malam di RTM

Debat 1MDB Mungkin Jumaat ini, 9-10 malam di RTM

Written By aku on Wednesday 4 November 2015 | 6:50 am


Serdang: RTM sudah menyediakan slot khas untuk perdebatan secara langsung antara Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy, Jumaat ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, slot debat itu dijadualkan selama satu jam iaitu 9 hingga 10 malam.
"Buat masa ini, RTM akan menghubungi kedua-dua pihak untuk mendapatkan persetujuan.
"Apabila mereka mengesahkan kehadiran masing-masing, barulah kita akan bincang mengenai format rancangan," katanya.
Jelas Salleh, perdebatan itu dirancang diadakan di Studio 1, tanpa kehadiran penonton untuk suasana lebih kondusif.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/90356#sthash.Y5onmWqF.dpuf
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger