Bila kemarahan dibiarkan menguasai akal fikiran berlakulah kejadian yang tidak sepatutnya.
Inilah yang dapat digambarkan dalam rakaman di bawah apabila makcik berbaju hitam terlalu bengang bila keretanya dilanggar dari belakang lalu dia bertindak keluar dari kereta, meluru kepada pemandu di belakang lantas menunjukkan jari tengah dan mula memaki hamun.
Kejadian dikatakan berlaku pada 1 Ogos lalu sekitar jam 5.45 petang di laluan menuju Kastam Singapura di Woodlands.
Sebenarnya kita faham sesiapa pun akan naik angin bila kereta dilanggar dari belakang namun silapnya makcik ini bila dia bertindak tidak sepatutnya untuk menyelesaikan masalah apatah lagi memaki hamun sampai tahap menghina kaum tertentu.
Tambah memburukkan keadaan bila gadis bertudung yang menaiki keretanya turut bertindak gangster dengan menendang kereta yang melanggar.
Dari sudut lain kami berpendapat sikap cool pemandu yang memuat naik rakaman ini sememangnya wajar dipuji namun dia juga sebenarnya ada kesilapan iaitu melanggar kereta wanita yang dihonnya tetapi selepas itu tidak berusaha untuk memadamkan kemarahan makcik tersebut dengan meminta maaf.
Tidak kira apa pun alasannya, dia tidak sepatutnya mengekori kereta hadapan terlalu hampir. - MYNEWSHUB.MY
Home »
Luar Negara
» VIDEO: Hal Kecik Je … Habis Keling, Islam, Melayu Semua Keluar
VIDEO: Hal Kecik Je … Habis Keling, Islam, Melayu Semua Keluar
Written By aku on Wednesday, 6 August 2014 | 2:48 pm
Labels:
Luar Negara