Home » » Pandikar sedia letak jawatan

Pandikar sedia letak jawatan

Written By aku on Wednesday, 4 November 2015 | 6:30 am


Kuala Lumpur: Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini memberi kata dua bersedia meletak jawatan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat jika debat antara Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy dengan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) mengenai 1Malaysia Development Berhad(1MDB) diteruskan.
Menurutnya, jika debat itu dibenarkan, ia menunjukkan seoalah-olah ia lebih penting daripada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang kini sedang melakukan siasatan terhadap syarikat pelaburan kerajaan itu.
"Jika saya benarkan, jangan ada lagi PAC atau jawatankuasa lain, biar debat sahaja secara terbuka.
"Jika kerajaan seperti yang disebut (bahawa) ada agenda, itu agenda kerajaan. Bagi saya, jika kerajaan mahu meneruskan perdebatan itu, saya tidak akan membabitkan diri dalam hal ini.
" Saya akan mengundur diri sebagai speaker, kalau debat diteruskan. Pendirian saya jelas," katanya sebagai reaksi terhadap pertanyaan Anthony Loke (DAP-Seremban) mengenai laporan media media berhubung rancangan perdebatan antara Arul Kanda dan Tony berhubung skandal 1MDB.
Anthony bertanya sama ada kerajaan ada berbincang dengan Pandikar Amin sebelum beliau membuat pendirian berhubung debat itu.
Terdahulu, sejurus tamat sesi soal jawab soalan lisan, Pandikar Amin membuat keputusan debat itu hanya boleh diteruskan dengan syarat Tony perlu meletakkan jawatan anggota PAC atau tidak terbabit dengan sebarang siasatan atau prosiding 1MDB.
Katanya, sebagai tambahan Arul Kanda juga tidak boleh menjadi saksi dalam siasatan PAC terhadap 1MDB jika mahu berdebat dengan Pua.
"Ini perlu bagi mengekalkan ketelusan siasatan dan prosiding yang dijalankan PAC selaras dengan peraturan Dewan Rakyat.
"Bahas terbuka boleh menjejaskan prosiding siasatan PAC terhadap 1MDB serta menimbulkan prejudis orang awam terhadap kredibiliti pihak yang terbabit dalam siasatan itu," katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/90454#sthash.8MYvgzHV.dpuf
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger