Home » » Tingkat Tahap Kebersihan Cegah Denggi

Tingkat Tahap Kebersihan Cegah Denggi

Written By aku on Wednesday 4 November 2015 | 6:23 am


Kesedaran menjaga kebersihan tempat tinggal merupakan perkara asas bagi memastikan kawasan berisiko tinggi pembiakan nyamuk aedes dapat dihapuskan secara berkesan.

Pegawai Kesihatan Daerah, Dr. Noriah Mahmud berkata, bagi menangani kes demam denggi, penduduk tidak perlu mengadakan gotong-royong setiap masa tetapi setiap penghuni perlu memeriksa tempat berisi air bertakung dalam atau luar rumah.

“Selain itu, Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlaku (Combi) di bawah Kementerian Kesihatan yang dilaksanakan di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) merupakan langkah terbaik bagi memberikan kesedaran dan usaha pencegahan mengenai denggi kepada penduduk.

“Combi boleh di laksanakan dengan kerjasama J3k di setiap kampung bagi memastikan tempat pembiakkan nyamuk aedes dapat di hapuskan melalui gotong royong,” katanya ditemui pada Program Gotong Royong Bebas Aedes Peringkat Daerah Hulu Terengganu di Perkarangan Masjid Kampung Pauh ,Telemong.

Majlis itu di rasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Dato’ Rozi Mamat yang juga ADUN Telemong.

Sementara itu, Rozi berkata, peningkatan jumlah kes demam denggi didorong oleh sikap masyarakat yang mengabaikan faktor kebersihan dan mengambil mudah tempat-tempat pembiakan aedes.

“Masyarakat tidak hanya boleh mengharapkan kepada pihak kerajaan sahaja untuk membendung masalah denggi ini, sebaliknya perlu ada kesedaran dalam diri mereka.

“Kerajaan boleh berusaha untuk bersihkannya tetapi kerjasama daripada rakyat perlu ada, barulah masalah ini dapat diselesaikan,”  katanya.

Sebanyak 40 kes di laporkan di Daerah Hulu Terengganu bermula Januari 2015 dengan satu kematian di bulan Jun baru-baru ini berbanding 76 kes pada tahun lepas.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger