Home » » TERKINI! KERAJAAN PAKATAN SELANGOR DIBUBARKAN?

TERKINI! KERAJAAN PAKATAN SELANGOR DIBUBARKAN?

Written By aku on Tuesday 16 June 2015 | 4:25 pm


DAP hari ini mengumumkan menerima keputusan muktamar PAS yang meluluskan usul memutuskan hubungan dengan mereka, sekali gus membuatkan gabungan pembangkang tidak lagi wujud. 
“Oleh kerana Pakatan Rakyat dibentuk oleh muafakat tiga parti serta terikat dengan rangka dasar bersama, usul muktamar PAS secara berkesan telah menamatkan Pakatan Rakyat. 
“Pakatan Rakyat justeru tidak lagi wujud,” kata setiausaha agungnya Lim Guan Eng - sumber
Jika itulah keputusan DAP, apakah ianya akan menyebabkan berlakunya pilihanraya negeri Selangor?

Persoalan ini mesti di jawab kerana kerajaan negeri Selangor terdiri daripada 3 parti yang dahulunya di dalam satu pakatan parti. Tetapi sekarang, DAP telah menafikan kerjasama pakatan tersebut.

Untuk rekod, DAP ada 15 kerusi manakala PAS juga 15 kerusi dan PKR ada 13 kerusi di Selangor. Tetapi dua orang ADUN PAS (Saari Sungip dan Hasnol Baharuddin) telah digantung keahliannya selama setahun. BN pula ada 12 kerusi dan 1 ADUN bebas. 

Dan bagaimana pula dengan kerajaan Pakatan di Pulau Pinang?

Apa pun, kenyataan DAP ini tentu akan mewujudkan satu lagi polemik politik yang bakal mengoncang Pakatan Pembangkang. Kita tunggu respons Azmin Ali, Menteri Besar Selangor.

Dalam masa yang sama, tindakan drastik DAP yang sebelum ini menolak Presiden PAS dan parti PAS Sarawak/Sabah dan sekarang menolak Pakatan Pembangkang merupakan satu percaturan politik yang menjadi tanda tanya. 
http://novandri.blogspot.com/2015/06/terkini-kerajaan-pakatan-selangor.html?m=1
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger