Home » » Kantoi ketika beli air ketum

Kantoi ketika beli air ketum

Written By aku on Tuesday 15 September 2015 | 1:13 pm

KAMPUNG RAJA - Hasrat 15 lelaki dipercayai untuk mendapatkan bekalan air ketum di sebuah rumah di sebuah kampung dekat Apal, Jabi tidak kesampaian apabila mereka diberkas seorang demi seorang sebaik memasuki pekarangan rumah tersebut.


KAMPUNG RAJA - Hasrat 15 lelaki dipercayai untuk mendapatkan bekalan air ketum di sebuah rumah di sebuah kampung dekat Apal, Jabi tidak kesampaian apabila mereka diberkas seorang demi seorang sebaik memasuki pekarangan rumah tersebut.
Lebih mengejutkan kerana salah seorang daripada mereka adalah penjawat awam di sebuah jabatan di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata, kesemua mereka yang berusia antara 19 hingga 40 tahun itu ditahan dalam Ops Sarang oleh pasukan Spider Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) dan kesemua anggota Cawangan

Pencegahan Jenayah Balai Polis Pasir Akar serta Kampung Raja.

Menurutnya, operasi bermula jam 7.30 malam hingga 9.30 malam itu disertai seramai 13 anggota.

“Kesemua yang diberkas dipercayai datang ke rumah itu untuk mendapatkan bekalan air ketum yang dijual oleh tuan rumah berkenaan.

“Polis turut menahan pemilik rumah kerana disyaki menjual barang terlarang itu dan mendapati suspek tidak serik walaupun pernah ditangkap sebelum ini,” katanya.

Khaled berkata, polis turut merampas 10 bungkus plastik cerah di dalamnya berisi cecair hijau disyaki air ketum

“Saringan air kencing mendapati 14 daripada suspek positif dadah jenis amphetamine (pil kuda), malah ada dalam kalangan setiap seorang daripada suspek mempunyai lebih daripada satu kes.

“Daripada kesemua suspek, dua ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952, (Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (14 orang), kes waran tangkap atas kesalahan Seksyen 15(1)(a) (dua orang) dan kes langgar Syarat Orang Kena Pengawasan (OKP) (dua orang),” katanya.

Khaled memberi amaran keras kepada pengedar air ketum agar menghentikan kegiatan mereka kerana polis kini giat mengesan individu yang terlibat.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger