Home » » Nelayan diminta waspada turun ke laut

Nelayan diminta waspada turun ke laut

Written By aku on Sunday 1 November 2015 | 6:54 am


KUALA TERENGGANU - Nelayan di kawasan pantai timur diingat supaya berhati-hati untuk turun ke laut ekoran musim tengkujuh sekarang.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kuala Terengganu Selatan, Hasan Ismail berkata, mereka perlu sentiasa mendapat maklumat mengenai keadaan cuaca semasa.

"Jangan lupa turut bawa banyak bekalan makanan sebagai persediaan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti terkandas di laut," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata turut perlu dibawa ialah alat perhubungan, alat pelayaran dan baju keselamatan. - Bernama
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger