Home » » Guan Eng: DAP tanding kerusi Pas bukan luar biasa

Guan Eng: DAP tanding kerusi Pas bukan luar biasa

Written By aku on Monday 2 November 2015 | 10:59 pm


GEORGETOWN - Hasrat DAP Selangor untuk bertanding semua kerusi Pas bukan satu tindakan luar biasa kerana ia sudah dimulakan Pas sebelum ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, hasrat sedemikian dimulakan Pas yang mahu meletak calonnya bertanding di kawasan yang dipegang DAP termasuk kawasannya iaitu Dun Air Putih.

"Pas yang menyatakan hasrat sedemikian lebih awal bukannya DAP yang memulakan. Apabila kita (DAP) menyatakan minat bertanding di kawasan Pas, mereka (Pas) yang mula melenting.

"Apapun, saya dengan hati terbuka mengalu-alukan hasrat  Pas kerana pilihan raya adalah sebahagian dari proses demokrasi.

"Dalam proses demokrasi, sesiapapun boleh bertanding kerana yang penting sokongan dari rakyat," katanya pada sidang media di pejabatnya di Komtar, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua mengenai keputusannya untuk bertanding lapan kerusi Dun Pas  pada pilihan raya umum ke-14 selepas Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali enggan mengubah gabungan di Selangor walaupun PR sudah berkubur.

Menurut Tony, DAP  hanya mengumumkan hasrat awal untuk bertanding namun ia masih belum dimuktamadkan Pakatan Harapan.

"Ini hasrat kita, ada 22 kerusi Pas dan kita berhasrat merebut lapan kerusi. Namun akhirnya sama ada kita mahu tanding lapan, lima atau dua kerusi adalah selepas perbincangan atau perundingan bersama dengan gabungan Pakatan Harapan," katanya.

Pua berkata, tidak ada masalah bagi DAP memberi laluan kepada Amanah atau PKR sekiranya mereka ingin bertanding di kerusi itu.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger