Home » » Gesa gugur exco Pas hanya pandangan individu

Gesa gugur exco Pas hanya pandangan individu

Written By aku on Tuesday 3 November 2015 | 1:07 am


KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menganggap gesaan seorang perwakilan DAP agar exco PAS digugurkan daripada kerajaan negeri bukan pendirian rasmi DAP.

Beliau berkata kerajaan negeri masih berpegang pada pendirian Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa parti itu akan terus bersama Pas dan  PKR untuk berkhidmat kepada rakyat.

"DAP Selangor atau seorang perwakilan? Boleh anda jelaskan? Saya ambil pendirian yang telah dibuat dan dinyatakan oleh Lim Guan Eng.

"Bahawa DAP akan terus bersama-sama dengan PAS dan PKR untuk meneruskan khidmat dan menentukan kita dapat memberikan khidmat kepada rakyat seperti kita janjikan pada 2013. Itu keputusan DAP.

"Anda tidak boleh ambil satu pendapat dari seorang perwakilan dan anda berdepan dengan saya. Saya tak fikir itu adil," kata Mohamed Azmin.

Menteri Besar itu diminta mengulas mengenai saranan perwakilan DAP Selangor supaya kerajaan negeri memecat semua wakil rakyat Pas dalam pentadbiran negeri bagi menyelesaikan kebuntuan gabungan parti dalam kerajaan itu, atau DAP keluar dari barisan kepimpinan kerajaan negeri.  

Pergeseran antara Pas dan DAP berlarutan sejak beberapa bulan ekoran ketegasan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai isu hudud.  

Mengenai kenyataan Hadi bahawa Pas tidak akan menolak usul Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 (Bajet 2016), Mohamed Azmin berkata ia dibuat  bukan berdasarkan perbincangan parti itu (PKR) dengan Pas.

"Itu pandangan Hadi. Ia bukan berdasarkan perbincangan kami dengan Pas," katanya.

Semalam, media melaporkan Pas akan mengambil langkah berkecuali serta tidak akan menyokong usul penolakan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 (Bajet 2016) di Dewan Rakyat. - Bernama
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger