Home » » Salleh minta Arul, Tony beri tarikh debat

Salleh minta Arul, Tony beri tarikh debat

Written By aku on Tuesday 3 November 2015 | 1:17 am


KUALA LUMPUR - Presiden dan Pengarah Eksekutif 1Malaysia Development Berhad(1MDB), Arul Kanda dan Ahli Parlimen Petaling Jaya utara, Tony Pua perlu segera memberikan tarikh bagi pendebatan yang ingin diadakan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, ia perlu diadakan segera bagi memberikan penerangan khusus mengenai 1MDB kepada rakyat.

"Selain tarikh, kita juga minta mereka tentukan format debat dengan segera. Namun, format itu juga turut perlu dipersetujui RTM. Lebih cepat lebih bagus,"katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini.
Menurutnya, RTM sedia menyiarkan secara langsung debat tersebut.

"RTM akan sediakan tempat dan juga boleh sediakan moderator jika diminta. Apa yang lebih penting sekarang ialah format dan tarikh perlu dipersetujui terlebih dahulu,"katanya.

Beliau turut memberi bayangan bahawa debat itu akan diadakan tanpa kehadiran penonton, namun disiarkan secara langsung ke seluruh negara.

"Biasanya debat adalah selama satu jam dan kedua-dua belah pihak diberi peluang berhujah.

"Bukan seorang tanya soalan dan seorang menjawab,"katanya merujuk permintaan daripada Tony.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger