Home » » Guan Eng kata Exco Pas 'buat jahat'

Guan Eng kata Exco Pas 'buat jahat'

Written By aku on Monday 16 November 2015 | 12:19 am


SHAH ALAM - Ketua Menteri Pulau Pinang, ‎ Lim Guan Eng telah menunjukkan sikap kebencian melampaunya terhadap Pas apabila menuduh Exco Pas Selangor sebagai 'buat jahat' berhubung isu‎ kenaikkan elaun guru guru Kafa, kata  Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman. 

Mohd Khairuddin berkata, kata-kata Guan Eng itu boleh dinilai ‎sendiri oleh rakyat sama ada Pas 'buat jahat' atau sebaliknya. 

"Kalau usaha Pas Selangor semenjak 2008 ini (memperjuangkan kenaikkan elaun guru Kafa daripada RM1,300 kepada RM1,500) dianggap jahat oleh Lim Guan Eng, maka rakyat sendiri boleh menilai. 

"Apakah Pas Selangor dianggap jahat kerana telah memperkasakan institusi masjid serta memperjuangkan kewujudan Kolej Intergrasi Tahfiz Selangor?," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini. 

Mohd Khairuddin berkata demikian bagi mengulas kenyataan Guan Eng hari ini yang menyatakan DAP perlu terus berada dalam kerajaan Selangor untuk memastikan Pas 'tidak buat jahat'. 

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, DAP perlu berada dalam kerajaan negeri itu bagi menghalang Pas melaksanakan dasar yang tidak baik kepada rakyat negeri itu.

Dalam pada itu, Mohd Khairuddin berkata, pihaknya percaya ramai ahli DAP di Selangor masih rasional dan tidak bersetuju dengan pandangan tersebut.
--sinar harian
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger