Home » » Putus hubungan dengan Salleh Man

Putus hubungan dengan Salleh Man

Written By aku on Monday 16 November 2015 | 12:02 am


PERMATANG PAUH - Pas Kawasan Permatang Pauh hari ini mengumumkan keputusan memutus hubungan dengan Adun Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man.

Yang Dipertuanya, Omar Hassan berkata Pas kawasan itu membuat keputusan tersebut pada mesyuaratnya pada Isnin lepas.

"Keputusan ini dibuat berikutan kenyataan Salleh Man dengan jelas menyatakan sokongan terhadap kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui oleh DAP dan bertentangan dengan pendirian Pas pusat," katanya kepada pemberita di Dewan Yusof ar-Rawa di sini hari ini.

Katanya, pendirian Pas pusat tidak mengiktiraf kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang.

Dalam kenyataan pada 2 November, Salleh Man mengumumkan pendirian menyokong kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang yang dipimpin Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Omar yang juga timbalan Yang Dipertua 2 Pas Pulau Pinang berkata, keputusan itu yang mendapat persetujuan Pas negeri, akan dimaklumkan kepada Pas pusat. - Bernama
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger