Harapan Baharu Hanya Kesinambungan Pakatan Janji-Janji Kosong
Written By aku on Friday, 6 November 2015 | 8:08 pm
KUALA LUMPUR, 6 Nov – Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu rakyat dihidangkan pakatan pembangkang yang mereka gelarkan diri sebagai Pakatan Rakyat, ketika itu disertai parti Dap, Pas dan PKR, tetapi tetap tidak berpakat apabila melibatkan pengagihan kerusi di beberapa kawasan contohnya seperti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara, Bukit Besi dan Seberang Takir.
Jika ketika itu mereka ‘menggula-gulakan’ rakyat dengan kononnya bersepakat, tetapi tetap berebut kawasan, apatah lagi semasa PRU14 nanti, yang kini meninggalkan Pas dengan menubuhkan Pakatan Harapan dengan sekutu yang baharu, Parti Amanah Negara (Amanah), yang dipelopori golongan yang kecewa dengan Pas disebabkan kekalahan perebutan jawatan.
Sehubungan itu, menurut seorang penganalisis politik, Prof. Madya Dr. Hanafiah Harun, jika melihat kepada cara pembahagian kerusi antara parti-parti pembangkang dan sekiranya dapat mencapai kata putus sekalipun, berkemungkinan mereka tidak akan dapat mencari formula dengan adil sesama mereka.
Menurutnya lagi, ini kerana mereka sebenar-benarnya tidak ada sikap saling caya-mempercayai antara satu sama lain, tidak wujud keikhlasan.
“Jika ada keikhlasan ppakatan caca merbaerjuangan tidak perlulah mereka mencemuh, mencari silap sana-sini sesama sendiri, serta jelas kelihatan tindak-tanduk mereka setiap masa sebagai cerminan tiadanya keikhlasan.
“Keikhlasan, kejujuran dan kematangan perlu di dalam pentadbiran, demi hendak membela kebajikan rakyat.
“Kejujuran mempertahankan kedaulatan undang-undang juga tidak nampak, sudah berjanji sumpah setia, di tengah jalan bergaduh, jelas juga nampak tiada kesetiaan seperti yang telah berlaku di dalam parti Pas,” katanya kepada UMNO-Online.
Tambahnya lagi, parti Dap dan Pas telah beberapa kali untuk bersekutu tetapi hakikatnya tidak boleh bersama disebabkan asas perjuangan yang amat berbeza ibarat langit dan bumi, manakala PKR pula mempunyai agenda kepentingan peribadi mereka yang tersendiri sahaja.
“Mereka ini bukan setakat mengambil kesempatan antara sesama, tetapi hendak mengaut segalanya untuk diri mereka, mereka ini sebenarnya golongan yang memanipulasi keadaan.
“Matlamat perjuangan hanya untuk menguasai pemerintahan sedangkan nadi perjuangan mereka tidak sama, parti Pas kononnya memperjuangkan Islam walaupun terang-terangan mereka bukan Islamik betul hanya sekadar untuk mempengaruhi dan mengubah persepsi orang seolah-olah mereka sahajalah yang Islamik,” tegasnya lagi.
Seterusnya, beliau berpandangan pakatan baharu ini hanyalah impian kosong kerana matlamat perjuangan mereka tidak jelas dan cara pentadbiran mereka juga tidak jelas kerana apabila mereka mentadbir Pulau Pinang, mentadbir Perak satu ketika dahulu, Selangor dan Kelantan, tidak ada perkara baharu yang dibawa sebenarnya hanya meneruskan perkara yang telahpun dibuat pemerintahan terdahulu, menyambung sahaja.
“Harapan Baharu ini sebenarnya kesinambungan janji-janji kosong sesuai dengan bait-bait lagu ‘Janji Manismu’,” ujarnya. -MediaUMNO
Labels:
Politik