Home » » Gangguan bekalan air di beberapa kawasan Ahad ini

Gangguan bekalan air di beberapa kawasan Ahad ini

Written By aku on Friday 6 November 2015 | 7:49 pm


KUALA TERENGGANU - Penduduk di beberapa kampung di sekitar daerah ini akan mengalami gangguan bekalan air bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang, Ahad ini.  

Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (Satu) dalam satu kenyataan hari ini berkata, ganguan itu disebabkan kerja-kerja pengalihan paip MS 800mm di Jalan Puspakom Chendering di sini.  

Menurutnya, kawasan terlibat ialah Kampung Chendering, Taman Chendering Utama (TCU), Taman Desa Bukit Chendering, Permint Jaya, Perindustrian Chendering, Kubang Ikan, Kuala Ibai, Tok Adis dan Jalan Budiman.

Turut terbabit ialah Kampung Gong Tok Nasek, Bukit Bayas, Sungai Derhaka, Kampung Laut, Kampung Bukit, Permint Permai, Kedai Buloh, Titian Baru, Surau Haji Yaakob, Kampung Tok Dir, Kampung Atas Tol, Pengkalan Setar, Gong Pipit, Gelugor, Pengadang Baru serta kawasan sekitar.

Sehubungan itu, para pengguna di kawasan terlibat dinasihatkan membuat persiapan dengan menyimpan air secukupnya bagi mengelak timbul kesulitan sepanjang tempoh gangguan bekalan air itu. - Bernama
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger