Home » » Khalid Ibrahim nafi lulus bina lebuh raya bertol

Khalid Ibrahim nafi lulus bina lebuh raya bertol

Written By aku on Friday 6 November 2015 | 7:46 pm


SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tampil memberi pencerahan berkaitan sindiran kononnya beliau berperanan membenarkan pembinaan lebuh raya bertol di Selangor.

Beliau menegaskan walaupun  ada persetujuan secara prinsip atau persetujuan bersyarat secara administratif terhadap keperluan merancang satu sistem aliran trafik yang berkesan termasuk membina jajaran jalan raya lingkaran luar dan dalam Lembah Klang.

"Namun tidak pernah sama sekali perintah pembangunan atau "development order" dikeluarkan semasa pentadbiran saya bagi mana-mana projek.

"Persetujuan secara prinsip yang diberikan juga tertakluk pada hasil kajian Penilaian Kesan Trafik, Sosial dan Alam Sekitar bagi memastikan mana-mana projek lebuh raya bertol yang dicadangkan bakal memberi manfaat kepada rakyat, tidak membebankan rakyat atau memberi kesan negatif ke atas alam sekitar," katanya.

Adun Pelabuhan Klang itu menjelaskan sebagaimana yang berlaku kepada projek Lebuhraya Kidex, pentadbiran sekarang mempunyai kuasa untuk tidak mengeluarkan perintah pembangunan bagi SUKE, DASH dan EKVE.

"Walaupun isu pembangunan sebegini sangat sensitif kerana ia melibatkan impak ke atas masyarakat setempat.

"Kerajaan negeri perlu membuat keputusan yang rasional setelah mengambil kira hak dan kepentingan semua pihak.

Beliau menegaskan, memang amat mudah untuk menuding jari kepada orang lain bagi  mengelakkan kritikan dan tentangan namun ia juga tidak matang mahupun bertanggungjawab.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger