Home » » Janda berkhalwat dengan suami orang

Janda berkhalwat dengan suami orang

Written By aku on Friday 13 November 2015 | 12:47 pm


KUALA TERENGGANU - Seorang janda dan pasangannya berstatus suami orang didenda RM2,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu atas kesalahan berkhalwat di dalam sebuah rumah, September lalu.

Rahmah Mohamed, 37, dan Roslan Sekri, 34, turut berdepan hukuman penjara tiga bulan jika mereka gagal menjelaskan denda.

Semua keputusan itu dibuat Hakim Syarie, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof selepas pasangan tersebut mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.

Sebelum itu, mereka berdua mengaku salah telah berkhalwat di dalam sebuah rumah di Pangsapuri Ladang Gemilang, jam 12.35 tengah malam, pada 14 September lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Syarie Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan pegawai penguatkuasa syariah daerah telah melakukan satu serbuan berwaran ke atas sebuah rumah di Pangsapuri Ladang Gemilang, di sini.

Sejurus tiba di rumah berkenaan, keadaan jeriji dan pintu utama tertutup rapat serta berkunci dari dalam.

Anggota penguatkuasa mengetuk pintu dan memberi salam beberapa kali, namun, tiada jawapan dan selepas hampir sejam berlalu, anggota terpaksa mengambil keputusan mengumpil jeriji dan memecahkan tombol pintu utama.

Bagaimanapun, pada masa sama, seorang wanita bersama kanak-kanak membuka pintu utama rumah sebelum anggota memperkenalkan diri dengan menunjukkan waran geledah dan meminta izin untuk membuat pemeriksaan di dalam rumah tersebut.

Hasil pemeriksaan, anggota berjaya menemui seorang lelaki sedang bersembunyi dalam longgokan kain di dalam bilik kedua dan hasil soal siasat mendapati mereka tidak mempunyai hubungan suami isteri sebelum ditahan untuk siasatan lanjut
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger