Home » » Kerani wanita sekolah agama ditemui mati dibunuh

Kerani wanita sekolah agama ditemui mati dibunuh

Written By aku on Tuesday 17 November 2015 | 8:53 am



JOHOR BAHRU: Seorang kerani Sekolah Agama Sungai Raya di Bukit Pasir, Muar ditemui mati dipercayai dibunuh di rumahnya di Sungai Terap, dekat sini, malam tadi. 

Mangsa yang berusia 29 tahun ditemui pasukan polis yang menerima aduan jiran mangsa yang mengesyaki sesuatu apabila mangsa yang tidak keluar rumah, kira-kira jam 7 malam tadi. Polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati enjin kereta dipercayai milik mangsa tidak dimatikan, manakala pintu kereta di bahagian pemandu terbuka. 
Difahamkan polis kemudian menemui mayat mangsa terbaring dalam keadaan separuh bogel di depan pintu bilik. Mangsa dipercayai mati akibat dijerut dan siasatan awal mendapati barangan berharga milik mangsa termasuk dokumen pengenalan diri dan telefon bimbit juga hilang. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat dalam pesanan mesej ringkas berkata, mangsa dipercayai dirogol dan dibunuh.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger