Home » » Kes Bunuh Bekas Adun BN: Polis Tahan 10 Orang Suspek

Kes Bunuh Bekas Adun BN: Polis Tahan 10 Orang Suspek

Written By aku on Friday 13 November 2015 | 7:34 pm


Pasukan polis berjaya menahan 10 orang bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan bekas ADUN Alor Limbat, Alias Abdullah dan kes tembak melibatkan seorang lelaki di Jalan Hiliran Ogos lepas.

Ketua Polis Negeri Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata kesemua lelaki berusia antara 21 hingga 44 tahun itu ditangkap dalam beberapa serbuah di sekitar Kuala Terengganu dan Marang.

Hasil dari perbincangan dan perancangan rapi, operasi digerakkan oleh pasukan khas untuk mengesan semua suspek terbabit termasuk individu yang disyaki dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang didedahkan minggu lepas.

“Hasil maklumat orang ramai dan gambar suspek yang didedahkan sebelum ini, kita berjaya mengesan suspek yang dikehendaki bagi membantu siasatan lanjut berhubung kes pembunuhan bekas Adun tersebut.

“Selain itu, kita juga berjaya memberkas beberapa individu lain yang dipercayai terlibat dalam kes tembak di Jalan Hiliran pada 27 Ogos lalu,” katanya dalam kenyataan media di Kuala Terengganu, semalam.

Kesemua suspek sudah mendapat perintah tahanan reman pada 7 November lepas dan ia sudah dilanjutkan sehingga 18 dan 19 November ini.

Rosli berkata pihaknya percaya dengan tangkapan dan siasatan menyeluruh yang dijalankan kedua-dua kes pembunuhan itu, ia dapat diselesaikan.

Pada 9 Oktober lalu Alias, 51, maut ditembak pada jarak dekat di rumahnya di Kampung Alor Limbat Bukit Payong, Marang selepas pulang daripada solat Jumaat.

Sementara, dalam kes tembak 27 Ogos lalu, seorang lelaki berusia 28, tahun nyaris maut selepas terkena tembakan yang dilepaskan penjenayah dipercayai cuba melarikan kenderaan pacuan 4 roda miliknya dalam kejadian dekat Jalan Hiliran Pulau Kambing.

– PRU14.tv
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger