Home » » Mohd Nor Hamzah cuba alih isu perpecahan dalaman Pas – Wan Hakim

Mohd Nor Hamzah cuba alih isu perpecahan dalaman Pas – Wan Hakim

Written By aku on Friday 20 November 2015 | 4:08 am


Tindakan pemimpin Pas yang kerap mengkritik kerajaan negeri Terengganu dilihat sebagai cuba menutup dan mengalih isu perpecahan yang berlaku dalam kepimpinan Pas ketika ini.

Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, YB Wan Abdul Hakim Tan Sri Wan Mokhtar berkata, krisis dalaman Pas agak teruk sejak kemunculan parti politik baru Parti Amanah Negera (PAN) iaitu yang juga serpihan daripada Pas itu sendiri.

‘Politik Terengganu kini tiada isu, UMNO tetap kukuh sekarang.. tiada ada isu yang dibangkitkan oleh pembangkang malahan juga di sidang DUN pun sama, hanya isu remeh temeh yang dilemparkan’.

‘Mereka mahu cover masalah dalaman seperti Adun Bandar menyokong PAN (musuh ketat Pas) dan untuk menutup perkara ini mereka pun bawa isu ini’.

Wan Hakim berkata demikan kepada Terengganu Times ketika mengulas isu jalan raya Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) yang sengaja ditimbulkan oleh Ketua Penerangan Pas Terengganu Mohd Nor Hamzah yang juga Adun Bukit Payung.

Beliau sepatutnya merujuk perkara berkenaan kepada pihak yang terlibat dalam kerja-kerja penyelenggaraan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) bagi mendapat maklumat tepat tentang LPT2 .

Menurutnya, beliau menganggap ia hanya sebagai retorik poltik Pas semata-mata yang berniat mengaburi mata penyokong-penyokong mereka tentang konflik kepimpinan tertinggi Pas yang diserang bertubi-tubi oleh DAP dan PAN sepanjang masa.

Wan Hakim yang juga Adun Air Putih menasihatkan para pemimpin parti politik pembangkang itu jangan mencampuri urusan orang lain sebaliknya berusaha memenangi kembali sokongan penyokong mereka yang kini berpecah belah kepada 2 kumpulan yang sudah hilang kepercayaan kepada Presiden Pas.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger