Home » » Penantian lebih setahun berakhir

Penantian lebih setahun berakhir

Written By aku on Wednesday 11 November 2015 | 9:48 am


KOTA BHARU - Penantian lebih setahun seorang kanak- kanak istimewa Nur Faliesha Mohd Fazlee, 5, untuk memiliki kerusi roda yang lebih selesa berakhir selepas menerima sumbangan daripada Naib Ketua Umno Pengkalan Chepa, Wan Shahrul Azuan Abdul Azez.

Ibunya, Norlizawaty Sanusi, 33, berkata, sejak lebih setahun lalu dia berusaha mendapatkan kerusi roda yang lebih memudahkan pergerakan Nur Faliesha, namun disebabkan harga agak mahal, dia hanya mampu menyediakan kerusi roda terpakai buat sementara waktu.

“Sebelum ini, saya hanya mampu belikan kerusi roda terpakai bagi membantu Faliesha duduk dengan lebih selesa dan memudahkan pergerakannya.

“Walaupun sedar agak kurang selesa, namun hanya itu mampu disediakan tambahan saya tidak bekerja dan bergantung sepenuhnya kepada pendapatan suami (Mohamad Fazlee Mohd Shaari) yang bekerja sebagai pemandu lori,” katanya kepada media selepas menerima kerusi roda daripada Wan Shahrul Azuan di rumahnya di Kampung Kijang di sini.

Norlizawaty berkata, Nur Faliesha yang juga anak sulung daripada dua beradik mengidap Microcephaly sejak dilahirkan sehingga menyebabkan dia hanya mampu terbaring jika tidak disokong oleh kerusi roda.

Menurutnya, Nur Faliesha yang hanya boleh makan makanan lembut dan lembik mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 bagi membantu menampung perbelanjaan harian.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger