Home » » Tikam isteri, bunuh diri

Tikam isteri, bunuh diri

Written By aku on Wednesday 4 November 2015 | 8:46 pm


Marang: Lelaki maut selepas mengelar lehernya menggunakan pisau di Kampung Gong Beris, di sini, 6 pagi tadi.
Sebelum kejadian itu, lelaki berusia 32 tahun dikatakan menikam isterinya berusia 26 tahun beberapa kali menggunakan senjata sama sebelum membunuh diri.
Difahamkan, berlaku kekecohan di rumah pasangan berkenaan dan lelaki yang dikatakan mengalami tekanan perasaan bertindak menikam isterinya.
Isteri mangsa yang cedera melarikan diri ke rumah jiran bagi mendapatkan bantuan sebelum dibawa Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut sementara mayat lelaki dibawa ke Unit Forensik HSNZ untuk bedah siasat
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger