Home » » TNB peruntuk RM50 juta hadapi banjir di Kelantan

TNB peruntuk RM50 juta hadapi banjir di Kelantan

Written By aku on Wednesday 4 November 2015 | 9:09 am


KUALA KRAI - Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui Jabatan Senggaraan Aset Bahagian Penghantaran Kelantan memperuntukan RM50 juta bagi persiapan menghadapi banjir yang dijangka berlaku akhir tahun ini.

Pengurus Jabatan Senggaraan Aset Bahagian Penghantaran TNB Kelantan Mohamad Mohyiddin Mohamed Nor berkata pelbagai inisiatif telah diambil sejak Mac lepas bagi menghadapi bencana alam tersebut berdasarkan pengalaman banjir besar akhir tahun lepas.

"Ini termasuk meninggikan tapak (7.5 meter) dan menukar menara elektrik yang condong akibat banjir tahun lepas di Laloh, Kuala Krai, dan membina enam menara baharu yang lebih tinggi di Kusial, Tanah Merah kerana kawasan itu rendah dan mudah dinaiki air," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak-tapak pembinaan menara tersebut di sini hari ini.

Beliau berkata TNB turut menyediakan lebih banyak bot bagi memudahkan kakitangan membuat pemantauan di kawasan pencawang dan menara.

Katanya bencana banjir akhir tahun lepas menyebabkan TNB menanggung kerugian kira-kira RM20 juta.  - Bernama
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger