Home » » Undi PAS sama dengan undi Umno, kata Guan Eng

Undi PAS sama dengan undi Umno, kata Guan Eng

Written By aku on Wednesday 18 November 2015 | 2:25 pm


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kesal dengan kenyataan "pemimpin utama" PAS yang menurutnya memainkan sentimen perkauman dengan menuduh partinya mahu menghalalkan judi dan arak kepada orang Islam.

Menurutnya, DAP tidak pernah membincangkan isu menghalalkan arak dan judi ke atas orang Islam.

"Bila DAP pernah laksanakan arak dan judi atas orang Islam? Ada tak? Tak ada tapi pemimpin utama PAS boleh cakap macam itu.



"Ini satu fitnah jahat, bohong macam Umno Barisan Nasional (BN)-lah.
"Lebih baik mereka nikah sahaja, supaya rakyat tahu pilihan raya akan datang satu undi PAS sama dengan satu undi Umno-BN," katanya sewaktu berucap di Selayang, petang ini.

Walaupun tidak menamakan pemimpin utama berkenaan, ketua menteri Pulau Pinang itu dipercayai merujuk kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini yang berkata parti Islam itu akan menghalang DAP menghalalkan jualan arak dan judi kepada orang Islam.

"Saya kesal satu parti politik yang cakap mereka lawan perkauman kini sama-sama dengan Umno memainkan isu perkauman," kata Lim sewaktu merasmikan Pusat Komuniti DAP Taman Templer.

Lim dalam ucapannya turut membidas Hadi yang sebelum ini berkata PAS tidak lagi mahu merebut Putrajaya daripada BN sebaliknya berhasrat mahu menjadi penasihat mereka.

"Kalau PAS hendak diperalatkan Umno BN itu hak mereka. Tun Dr Mahathir Mohamad pun tak mahu jadi penasihat Umno BN tetapi PAS hendak ambil peranannya.

"PAS bukan lagi pembangkang tulen, ini celup punya pembangkang, mana ada pembangkang cakap mahu jadi penasihat kepada Umno BN," katanya.

Sementara itu, pembukaan pusat khidmat DAP di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer yang disandang PAS pada hari ini dilihat sebagai satu isyarat “perang” terbuka dengan bekas sekutunya itu.

Penyelaras pusat khidmat tersebut, Edry Faizal Yusof berkata, perancangan membuka pusat khidmat itu dibuat sekitar 3 atau 4 bulan lalu sebaik sahaja PAS mengumumkan hasrat mereka menyaingi DAP di kerusi yang disandang parti itu di Selangor.

DAP juga katanya membawa aspirasi Pakatan Harapan dengan pembukaan pusat itu.

"Kelebihan kami di sini, kami mewakili Pakatan Harapan di Selangor bagi berkhidmat kepada rakyat," katanya kepada The Malaysian Insider. – 16 November, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/undi-pas-sama-dengan-undi-umno-kata-guan-eng#sthash.oC5hnwq8.dpuf
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger