Home » » Bajet 2016 : Terenganu Sedia RM2.5 Juta Bantu Usahawan Online

Bajet 2016 : Terenganu Sedia RM2.5 Juta Bantu Usahawan Online

Written By aku on Wednesday 2 December 2015 | 12:29 pm


Sebanyak RM2.5 juta diperuntukan melalui Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu bagi memberi kemudahan pinjaman kepada usahawan dalam talian atau online.

Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, peruntukan besar itu sebagai dorongan orang ramai terutama golongan belia memasarkan produk masing-masing ke luar Terengganu dan di pelbagai negara.

“Mereka tidak perlu modal untuk menyewa mana-mana premis kerana boleh  menjalankan perniagaan masing-masing di rumah. Modal yang diperlukan itu untuk membina portal dan menyediakan produk .

“Pinjaman akan dikenakan syarat tertentu dan sekiranya bayaran balik dibuat dalam tempoh ditetapkan, mereka layak memperoleh potongan 25 peratus daripada kadar pinjaman,” katanya dalam pembentangan Bajet 2016 di Persidangan Dewan Undangan Negeri, hari ini.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger