Home » » Ibu bapa saman RM10 juta kepada Hospital Besut

Ibu bapa saman RM10 juta kepada Hospital Besut

Written By aku on Sunday 6 December 2015 | 8:09 pm


KOTA BHARU 6 Dis. - Sepasang ibu bapa memfailkan saman RM10 juta kepada Hospital Besut, Terengganu dan 10 lagi defendan lain kerana didakwa cuai sehingga mengakibatkan kematian anak perempuan mereka, Ulya Insyirah Muhamad Sardi,4, dua tahun lalu.
Muhamad Sardi Saad,39, dan isteri, Fadilah Abd. Wahab, 45, memfailkan writ saman berkenaan di Mahkamah Tinggi di sini kira-kira pukul 11 pagi ini melalui Tetuan Syukran Noordin Advocates & Solicitors.
Pasangan guru itu menamakan Dr. Shairazi Azizi Mohd. Salleh, Dr. Mohd. Ruhaifi Yusuf, Dr. Norzaherawati Aryani Md. Tahir, Dr. Hasmani Hamat, Dr. Muhammad Solehuddin Ishak dan Pengarah Hospital Besut sebagai defendan pertama hingga keenam.
Plaintif turut menamakan Dr. Noor Ain Noor Afendi, Dr. Sharifah Huda Engku Alwi, Datuk Dr. Jimmy Lee Kok Foo, Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan ketujuh hingga ke-11.
Pihak plaintif menuntut ganti rugi am sebanyak RM10 juta di atas kecuaian dan menyebabkan pasangan itu mengalami 'nervous shock' selain mengalami tekanan mental dan fizikal. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://m.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/ibu-bapa-saman-rm10-juta-kepada-hospital-besut-1.166151#sthash.Hfyvollp.dpuf
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger