Home » » Vape: Haram Atau Tidak, Tunggu Keputusan Kabinet -MB

Vape: Haram Atau Tidak, Tunggu Keputusan Kabinet -MB

Written By aku on Saturday 26 December 2015 | 1:20 pm


Kerajaan negeri akan menunggu keputusan Kabinet berhubung penggunaan rokok elektronik dan vape sebelum membuat sebarang tindakan.

Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata pihaknya akur dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan penggunaan rokok itu kerana dibimbangi memudaratkan kesihatan.

Katanya, sebaliknya keputusan pengharaman itu , perlu juga memikirkan nasib peniaga alatan itu, apapun sebarang tindakan akan dilakukan secara berhemah, termasuk memberi bantuan menjual produk lain yang tidak menyalahi undang-undang.

“ Saya telah pun mengarahkan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengenal pasti bilangan sebenar penjual vape di kawasan mereka.

“ Bagi yang tiada lesen perniagaan dan lesen premis daripada PBT, kita arahkan ia ditutup melalui notis yang diberi,” katanya.
Menurutnya, manakala bagi mereka yang mempunyai lessen, pihak berkaitan tidak akan menjejaskan operasi perniagaan mereka. “Sebaliknya menunggu arahan yang dikeluarkan kerajaan Persekutuan supaya seragam mengenai peraturan dan tindakannya.

“Sekiranya Terengganu menguatkuasa agar diharamkan, mungkin perokok itu akan mendapatkan peralatan itu di negeri lain yang masih membenarkan penjualannya,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Bantuan Pakaian Sekolah , di Pusat Penyelaras DUN Seberang Takir, petang semalam.

Seramai 529 pelajar membabitkan tiga kawasan di Seberang Takir menerima bantuan yang bertujuan membantu golongan ibu bapa yang kurang berkemampuan menyediakan kelengkapan sekolah.

Manakala 330 pelajar lagi di DUN itu akan diagihkan di majlis berasingan pada hari yang akan ditentukan kemudian.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger