Home » » Wad khas pembedahan bakal dibina di Hospital Besut

Wad khas pembedahan bakal dibina di Hospital Besut

Written By aku on Saturday 26 December 2015 | 12:38 pm


BESUT – Sebuah wad khas untuk pembedahan termasuk untuk ibu bersalin akan dibina di Hospital Daerah Besut dengan peruntukan RM5 juta mulai awal tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Muhammad Pehimi Yusof memberitahu wad kebergantungan tinggi (High Dipency Wad) itu akan diuruskan oleh doktor pakar perubatan dalam pelbagai bidang.

Katanya kepada Bernama, wad khas tersebut merupakan salah satu daripada rancangan awal untuk menaik taraf Hospital Daerah Besut menjadi Hospital Pakar yang mampu mengendalikan kes-kes pembedahan pada masa hadapan.  

"Wad HDW setinggi dua tingkat itu akan dibina di sebuah kawasan di Hospital Daerah Besut dengan dilengkapi pelbagai peralatan moden," katanya hari ini.  

Sebelum ini, jika terdapat kes yang memerlukan pembedahan doktor pakar, pesakit akan dihantar ke hospital Kubang Krian, namun apabila wad khas tersebut siap, semua pembedahan boleh dilakukan di situ kecuali yang berkaitan dengan jantung. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN
 Polis cari teman lelaki mangsa
Polis cari teman lelaki budak 11 tahun
JEMPOL - Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes budak perempuan berusia 11 tahun yang beranak di sebuah klinik swasta, pagi kelmarin.
 Suri rumah bersalin dalam keretapi
Suri rumah bersalin dalam keretapi
KUALA KRAI - Seorang suri rumah yang dalam perjalanan pulang dari Kempas, Johor ke kampung halamannya di Kampung Kubang Puyoh, Lata Rek dekat sini, tidak menduga bayi keempatnya dilahirkan dalam keretapi Senandung Timur, Johor, Tumpat, kira-kira jam 11.05 minit pagi semalam.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger