Home » » Dua beranak antara empat yang maut

Dua beranak antara empat yang maut

Written By aku on Friday 25 December 2015 | 2:52 pm


JELI - Empat penumpang bas ekspres termasuk dua beranak maut apabila bas dinaiki bertembung sebuah treler di KM 124, Batu 14, Jalan Raya Timur Barat, dekat sini, awal pagi tadi.

Mangsa yang maut ialah Hasiah Osman, 57; anak Hasiah, Muhammad Amir Abdul Rahim, 16; Nur Afiqah Alimi Mohd Ali, 19, dan seorang pemuda berusia 20an dikenali Asrul.

Kejadian berlaku ketika bas ekspres membawa 30 penumpang itu dalam perjalanan dari Taiping, Perak ke Kuala Terengganu, manakala treler dari arah Jeli ke Gerik.

Dalam kejadian itu, seramai 26 penumpang lain cedera termasuk ada yang parah dan dihantar ke Hospital Jeli, Hospital Tanah Merah dan Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.


Hasiah dan Muhammad Amir dari Kg Alma, Bukit Mertajam, Nur Afiqah Alimi dari Kg Mengabang Lekar, Kuala Terengganu.

Mangsa keempat dikenal pasti sebagai Mohd Syafik Azrul Azmi, 25 dari Kg Losong, Terengganu
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger