Home » » DAP ditawarkan RM1.2 bilion daripada Israel sekiranya memenangi pilihan raya

DAP ditawarkan RM1.2 bilion daripada Israel sekiranya memenangi pilihan raya

Written By aku on Thursday 7 January 2016 | 6:11 pm


GEORGETOWN - DAP hari ini menyifatkan dakwaan Pas bahawa parti itu menerima dana RM1.2 bilion daripada Israel sebagai satu fitnah jahat bagi menimbulkan kebencian terhadap pemimpin bukan Islam.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata beliau tidak pernah berjumpa atau bersalam dengan pemimpin Israel di Singapura atau di mana-mana.

"Saya tidak faham mengapa DAP dikaitkan dengan Israel, saya tidak pernah jumpa dan salam dengan pemimpin Israel. Saya minta Pas kemukakan bukti mereka berhubung dakwaan ini," katanya kepada pemberita selepas majlis pelantikan 24 anggota Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di sini, hari ini.

Sepuluh daripadanya dari DAP, lapan (PKR), dua (Amanah) manakala empat dari Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, mengulas dakwaan Pengarah Penyelidikan Pas Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki kononnya DAP ditawarkan RM1.2 bilion daripada Israel sekiranya memenangi pilihan raya umum Ke-13.

Mohd Zuhdi juga dilapor berkata antara syarat tawaran itu termasuk membenarkan pembukaan pangkalan tentera Israel di negara ini, jika DAP dapat menawan Putrajaya.

Guan Eng meminta Pas mengemukakan bukti berhubung dakwaan itu dan jika gagal, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang. - Bernama
http://www.sinarharian.com.my/politik/dap-sifatkan-pas-buat-fitnah-isu-terima-dana-israel-1.469873
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger