Home » » Kontrak Semua EIO, TSO Disambung Semula

Kontrak Semua EIO, TSO Disambung Semula

Written By aku on Wednesday 13 January 2016 | 6:57 pm


Seramai 101 orang Pegawai Teknologi Maklumat (EIO) dan 4 Juruteknik Komputer (TSO) menarik nafas lega apabila kontrak perkhidmatan mereka yang tamat 31 Disember tahun lalu disambung semula.

Peluang kedua selama 6 bulan diberikan oleh kerajaan negeri selepas mereka membuat rayuan, kata Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia, A. Latiff Awang.

“Kita memberi tempoh percubaan kepada mereka untuk mengubah prestasi kerja yang agak rendah sebelum ini kepada lebih baik.

“Prestasi kerja mereka selepas enam bulan untuk dinilai dan sekiranya memenuhi KPI yang ditetapkan, kita akan teruskan kontrak mereka,” katanya selepas majlis penyampaian surat lantikan baharu kepada EIO dan TSO di Wisma Darul Iman, hari ini.

Tambah A. Latiff, sebelum ini seramai 6 orang EIO dan TSO telah diberi surat lantikan baharu selepas tamat kontrak hujung tahun lalu.  

“Mereka telah disambung semula termasuk 21 orang yang tidak membuat surat rayuan.

“Kita buat penilaian berdasarkan prestasi iaitu 60 peratus daripada laporan penyelia dan 40 peratus oleh Top IT Sdn Bhd sebagai penilai kedua. Jika markah mereka di bawah 50 peratus maknanya mereka tidak layak termasuk dari segi disiplin,” ujarnya.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger