Home » » Malaysia Tidak Akan Dijual

Malaysia Tidak Akan Dijual

Written By aku on Sunday 10 January 2016 | 12:55 pm


Perlaksanaan Perjanjian Perkongsian TransPasifik (TPPA) tidak boleh menjejaskan kedaulatan Malaysia apatah lagi menjual negara seperti yang dibimbangi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed memberitahu bukan mudah untuk berbuat demikian kerana nilaian pelaburan Malaysia di luar negara lebih tinggi berbanding jumlah pelaburan asing di Malaysia.

Katanya, berdasarkan rekod, sebanyak RM600 bilion nilaian pelaburan Malaysia di pelbagai negara, sebaliknya hanya RM500 bilion nilaian asing masuk ke Malaysia.

“Jika adil pihak itu mahu membandingkan situasi Malaysia ketika 200 tahun lalu ketika Perjanjian Pangkor ditandatangani.

“Ketika dijajah kita tidak mempunyai ilmu, masih tidak berharta, kehidupan masyarakat belum maju kerana tidak mempunyai sekolah apatah lagi universiti,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penerangan TPPA Bersama Penjawat Awam Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang dan Speaker DUN Dato’ Mohd Zubir Embong.

Mustapa memberitahu TPPA bakal memberi kelebihan perdagangan kepada produk komoditi Malaysia berbanding negara saing di Asia Tenggara seperti Indonesia dan Thailand serta negara pengeluar produk kayu-kayan tropika yang tidak terlibat dalam perjanjian itu.

Katanya, kita menyertai rundingan ini kerana percaya mampu mempromosikan agenda pelaburan dan perdagangan negara.

“Kerajaan akan terus meningkatkan pemahaman orang awam mengenai TPPA selain berbincang dengan Jawatankuasa Parlimen, masyarakat dan pihak-pihak berkepentingan mengenai pendirian kerajaan terhadap pelbagai isu yang berbangkit.

“Tambahnya, sebaik sahaja rundingan TPPA ditamatkan, draf TPPA akan dibentangkan di Parlimen untuk dibahaskan bagi mendapatkan keputusan sebulat suara sama ada Malaysia akan menandatanganinya atau tidak,”katanya

Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger