Home » » Mayat janin terapung di loji kumbahan di kolej Setiu

Mayat janin terapung di loji kumbahan di kolej Setiu

Written By aku on Friday 15 January 2016 | 12:29 pm


Kuala Terengganu: Mayat janin perempuan dipercayai berusia enam bulan ditemui dalam loji kumbahan di kolej di Setiu, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, mayat itu ditemui pekerja kontrak pembersihan kira-kira 3.30 petang semalam.
Beliau berkata, lelaki terbabit menghubungi polis dan siasatan di tempat kejadian menemui mayat itu dalam keadaan terapung dengan kesan kecederaan pada lengan dan peha kiri.
“Siasatan mendapati mayat itu sudah berada dalam tangki berkenaan dalam tempoh 48 jam dan mayat itu dipercayai keluar melalui saluran lubang kumbahan yang datang dari tandas asrama kolej berkenaan.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti identiti suspek dan kes
disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran,” katanya.
– hmetro
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger