Home » » Perang antara pas dan Amanah Negara (PAN) Bermula

Perang antara pas dan Amanah Negara (PAN) Bermula

Written By aku on Monday 11 January 2016 | 11:46 pm


BERMULA semalam maka terbukti bahawa PAS sudah mula ishtihar “perang” keatas PAN dan DAP secara rasminya.

Mungkin sebelum ini PAS dilihat kurang tegas dan mampu bertolak ansur kepada para ahlinya yang “tertarik” dengan aktiviti-aktiviti PAN dan DAP, tetapi kini tidak lagi.

Bertarikh 9 Januari 2016, satu surat pekeliling telah dikeluarkan sebagai tanda hala tuju dan pegangan pihak PAS dalam menafsirkan hubungan antara mereka dengan PAN serta DAP.

Surat pekeliling tersebut adalah juga asas untuk para pemain dan penganalisis politik mencatur formula terhadap “kekecohan” yang berlaku dalam Pakatan Rakyat sebelum ini sehingga lahirnya Pakatan Harapan.

Intipati pekeliling tersebut adalah seperti berikut :

SURAT PEKELILING PEJABAT AGUNG – BIL 01/2016

Keterlibatan Ahli PAS Dalam Program Dan Aktiviti Parti-parti Politik Lain. Keputusan dan ketetapan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat adalah seperti berikut:

i. Ahli-ahli PAS dilarang mengambil bahagian, melibatkan diri, bekerjasama, memberi bantuan atau menyertai sebarang program atau aktiviti PAN dan DAP di semua peringkat.

ii. Ahli-ahli PAS perlu mendapat kebenaran Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebelum menghadiri sebarang jemputan program/ aktiviti politik dan seumpamanya dari mana-mana parti politik lain (selain dari PAN dan DAP yang dilarang keras sebagaimana (i) di atas).

iii. Secara umumnya Ahli-ahli PAS diperingatkan supaya tidak melakukan sesuatu perkara yang bercanggah dan/ atau berlawanan terutamanya dengan Fasal 16 dan 82 Perlembagaan PAS.

Sumber dari surat pekeliling Pejabat Setiausaha Agung PAS yang dikeluarkan (bertarikh) semalam. – TV14
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger