Home » , » Video Sirul bersumpah 'Najib tidak terlibat' terus jadi perhatian

Video Sirul bersumpah 'Najib tidak terlibat' terus jadi perhatian

Written By aku on Sunday 31 January 2016 | 8:56 pm


KUALA LUMPUR: Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar Umar dalam sebuah video berdurasi 55 saat bersumpah bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat atau ada kaitan dengan tindakan pihak tertentu yang mahu menjatuhkannya.

“Adalah berdosa besar kepada saya jika saya menfitnah seseorang itu.

"Saya lafazkan di sini, wallahi, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak langsung tidak ada terlibat dan tidak ada kaitan dalam kes ini,” katanya.

Video tersebut dimuat naik adalah menyusuli kenyataan yang telah dibuat oleh peguamnya Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican pada 1 Januari lalu.

Video yang sedang viral di media sosial ketika ini bagaimanapun, tidak menyebut secara khusus maksud ‘kes ini’ yang katanya tidak mempunyai kaitan dengan Najib.

Video pengakuan itu turut dikeluarkan dalam beberapa siri yang antara lain, Sirul turut menyebut bahawa 'wanita' yang dipercayai Altantuya Shaariibuu tidak mengandung.

Video Sirul bersumpah 'Najib tidak terlibat' Lepas ni apa pulak ya fitnah terbaru dari puak pembangkang ??

Posted by MrHos Getah on Sunday, January 31, 2016
"Apa yang berlaku dimasa perbicaraan lalu hanya tak lain dan tak bukan adalah permainan politik yang ingin menjatuhkan seseorang.

"Apa yang dilaporkan media-media semasa dan media internet yang memuatkan masuk berkenaan fakta  tidak tepat dan apa yang dilaporkan tidak sama sekali benar.

"Termasuklah bahawa yang juga kononnya wanita tersebut telah mengandung dan mempunyai kandungan ketika itu. Ianya tidak benar sama sekali (bahawa) wanita tersebut mempunyai kandungan," katanya.

Pada 13 Januari 2015, Mahkamah Persekutuan sebulat suara menjatuhkan hukuman mati terhadap Sirul Azhar dan Azilah Hadri kerana membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Namun pada hari mahkamah membuat keputusan, Sirul Azhar tidak hadir kerana telah melarikan diri ke Australia.

Bagaimanapun, dia ditahan pada 20 Januari lepas oleh pegawai Imigresen Australia selepas Interpol mengeluarkan notis merah.
Sirul kini berada di Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney.
VIDEO DISINI

Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger