Home » » Dap Patut Disekolahkan Semula Fahami Maksud Ketelusan

Dap Patut Disekolahkan Semula Fahami Maksud Ketelusan

Written By aku on Tuesday, 16 February 2016 | 12:27 pm


BUKIT MERTAJAM, 15 Feb – Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir hari ini meminta pemimpin Dap disekolahkan semula untuk memahami maksud ketelusan yang sering mereka canang-canangkan.

Jelasnya, walaupun kerajaan Dap Pulau Pinang menggunakan slogan ‘Cekap, Amanah dan Telus’ (CAT) dalam pentadbiran mereka namun slogan itu sebenarnya hanya retorik kosong semata-mata.

“Sejauh mana Dap amalkan prinsip ketelusan mereka.  Terlalu banyak bukti Dap tidak telus kerana mereka tidak pernah menjawab persoalan demi persoalan yang dibangkitkan rakyat contohnya projek Lebuhraya Gurney Drive–Tun Dr. Lim Chong Eu sepanjang 4.2km, Lebuhraya 4 lorong dari Tun Dr. Lim Chong Eu–Bandar Baru Air Itam sepanjang 4.6km, terowong bawah laut antara Pulau Pinang–Butterworth sepanjang 6.5km dan Jalan 4 lorong dari Tanjung Bungah-Teluk Bahang sepanjang 12km, semua ini ada persoalan yang sehingga kini tidak terjawab.
“Kos pembinaan terowong bawah laut yang membabitkan RM6.3 bilion juga tidak terjawab. Bukan itu sahaja, tindakan Dap yang tidak bersetuju dengan cadangan supaya setiap parti mendedahkan sumber dana politik masing-masing juga wajar dipersoalkan ketika mereka begitu lantang mengkritik UMNO yang sering didakwa tidak telus,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Tegas beliau, semua ini jelas membuktikan Dap tidak pernah mengamalkan ketelusan dalam pentadbiran mereka.

“Ketika Perdana Menteri dan UMNO yang sering pembangkang cerca bersedia berbuat demikian bagi menunjukkan ketelusan, tiba-tiba mereka pula yang tidak bersetuju. Adakah mereka takut atau mahu menyembunyikan sesuatu di sebalik dakwaan kononnya UMNO ini menyimpang?.

“Di mana sebenarnya integriti, ketelusan serta akauntabiliti kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng ini? Dalam isu Israel yang mana dikatakan Dap telah menerima dana yang besar untuk menjatuhkan kerajaan sehingga kini juga tidak mampu di jawab oleh mereka.

“Ini belum lagi disebut soal salah kira undi dalam pemilihan CEC… Tetapi satu kelebihan Dap iaitu mereka bijak mengalih isu sehingga semua keburukan mereka ini tertutup,” selar Musa lagi.

Namun kini tambah beliau rakyat Pulau Pinang sudah semakin celik untuk menilai siapa Dap sebenarnya.

“Sekali dua mungkin rakyat boleh tertipu tetapi rakyat tidak akan tertipu selamanya. Rakyat sebenarnya sudah muak dengan alasan demi alasan yang diberikan Dap bagi mengalih setiap persoalan yang dilemparkan”, katanya.

Oleh itu beliau mengingatkan Dap agar jangan terlalu mendongak langit kerana sebagaimana rakyat boleh menjatuhkan BN di negeri Pulau Pinang, begitu juga rakyat boleh menjatuhkan Dap. -MediaUMNO
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger