Home » » Lantikan Haron Din: Ini masalah hati, bukan masalah politik

Lantikan Haron Din: Ini masalah hati, bukan masalah politik

Written By aku on Tuesday 16 February 2016 | 12:15 pm


SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Idris Ahmad 'naik hairan' dengan cakap-cakap orang yang masih 'bising' serta mempertikaikan perlantikkan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din sebagai ketua kluster dakwah dalam Majlis Perundingan Islam (MPI).

Ujarnya, ini bukan perkara baru Haron menganggotai jawatankuasa kerajaan.

"Walaupun menjadi calon Pas dan Ahli Majlis Syura beliau pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Fatwa Perlis. Adakah satu penghinaan, sedangkan yang menjadi Pengerusi Majlis Fatwa Negeri ialah mufti.

"Walaupun beliau pemimpin Pas, tetapi beliau lebih dilihat seorang ilmuan agama yang dihormati daripada kawan dan lawan. Beliau seorang yang cukup dihormati juga di kalangan istana. Ramai tokoh-tokoh korporat rapat dengan beliau sejak dahulu hingga sekarang. Mungkin ini pendekatan beliau dalam berdakwah, yang pemimpin Pas tidak boleh lakukan," katanya dalam satu kenyataan.

Lantikan Haron dibuat 13 Februari lalu oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Tambahnya, pelik juga orang yang menuduh macam-macam kepada Haron, kerana rapat dengan orang atasan. Adakah salah?.

Menggulas lanjut, Idris berkata Pas telah mengambil pendekatan "muwajahah silmiah" untuk menggunakan pelbagai platfom untuk menarik sokongan.

"Ada di kalangan ahli Pas bersama NGO, PIBG, Persatuan Penduduk, AJK Masjid, dan AJK badan kebajikan di pejabat kerajaan.

"Semuanya berperanan, walaupun Jawatankuasa tersebut bercampur dengan ahli Umno. Apa yang penting pengaruh dakwah dan fikrah perjuangan dapat disampaikan," katanya.

Mana-mana ahli Pas yang berada di mana-mana posisi kena berperanan, syaratnya jangan masuk Umno," katanya.

Dalam pada itu, katanya sekolah Pas turut mengambil aliran perdana sebagai silbus pengajian adakah bererti Pas mengukuhkan Umno.

"Berapa ramai di kalangan orang Pas yang memegang jawatan di dalam peringkat kementerian, turut merangka dasar, adakah mereka boleh dituduh mengukuhkan kepimpinan Najib. Tentunya tidak.

"Mungkin  ada yang menjawab, ini analogi yang tidak betul. Yang betulnya apa? Yang betulnya kerana memang aku tidak suka individu di dalam Pas. Buatlah macam mana pun aku tidak setuju," katanya.

Katanya lagi, kalau orang yang aku setuju, hendak bekerjasama dengan Umno dan Tan Sri Muhyiddin Yassin pun tidak mengapa kononnya atas alasan Selamatkan Malaysia.

"Hendak buat konsensus nasional pun tidak mengapa. Kalau pimpinan Pas terus dikatakan Pas sudah hendak berUG (kerjasama politik). Ini masalah hati, bukan masalah politik," katanya.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger