Home » » “Dividen Tabung Haji Hak Saya Bukan Harta Mak Bapak Kamu” – Rafizi

“Dividen Tabung Haji Hak Saya Bukan Harta Mak Bapak Kamu” – Rafizi

Written By aku on Friday 5 February 2016 | 3:46 pm


Sumber terdekat dengan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengesahkan bahawa Setiausaha Agung PKR itu bengang dengan tindakan penyokong UMNO yang mahu beliau membayar ganti rugi mereka akibat kehilangan peluang mendapatkan dividen Tabung Haji 8% setelah menutup akaun akibat mendengar cakap Rafizi.

Sedangkan Rafizi sendiri dikatakan menikmati dividen Tabung Haji mencecah RM 100,000!!

Rafizi digambarkan begitu marah sehingga mempersoalkan apa hak UMNO untuk mempersoalkan pulangan dividen yang diperolehi beliau dalam Tabung Haji, itu bukan wang mak bapa mereka, kata beliau seperti dipetik sumber itu.

Perkara ini tidak sepatutnya dipersalahkan kepada Rafizi kerana beliau hanya menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen Pakatan Harapan mengenai kebimbangan ke atas Tabung Haji sekalipun kebimbangan itu terbukti tidak berasas sekarang.

Ketika isu itu diwujudkan, siapa yang tahu Tabung Haji mampu membayar dividen dan bonus setelah mencatat keuntungan tertinggi dalam sejarah 52 tahun penubuhan agensi kerajaan tersebut – lebih RM 3 billion!!

Jadi kenapa Rafizi perlu dipersalahkan?  Beliau pun tidak pernah mengesa sesiapa mengeluarkan simpanan masing-masing dari Tabung Haji, apatah lagi menutup akaun!! Itu masalah masing-masinglah, siapa suruh tutup akaun?
sumber

Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger