Haron Din Di Lantik MPI – Tahniah
Written By aku on Saturday, 13 February 2016 | 2:27 am
Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din antara ketua kluster yang dilantik Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi dalam Majlis Perundingan Islam (MPI) yang bermesyuarat semalam.
Haron dilantik sebagai ketua kluster dakwah yang akan membawa cadangan kepada MPI untuk disepakati bersama dan menyelaraskan perbincangan di masa depan.
Selain Haron, enam lagi dilantik mengetuai kluster-kluster lain. Lantikan-lantikan lain seperti berikut:
Tan Sri Muhamad Ali Hashim (ekonomi)
Tan Sri Prof Dr Kamal Hasan (pendidikan)
Datuk Asyraf Wajdi Dusuki (sosial)
Prof Datuk Sri Zaleha Kamarudin (undang-undang)
Datuk Dr Siddiq Fadzil (pemikiran Islam)
Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (politik)
IMG_20160212_223627Menurut Asyraf Wajdi, timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, anatra resolusi dicapai dalam pertemuan semalam ialah untuk menghimpunkan 87 anggota-anggota MPI pelbagai latar dan ideologi bawah tujuh kluster khusus.
Ini, katanya, bagi membolehkan perbincangan lebih tuntas dan telus dilakukan bagi mencari formula terbaik dan mencadangkan penyelesaian terhadap pelbagai isu umat Islam di Malaysia.
“Di samping itu TPM setuju bahawa MPI harus meraikan kepelbagaian pemikiran dan menghormati perbezaan,” katanya.
Mufti Perlis Datuk Asri Zainul Abidin, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan bekas pemimpin kanan PAS yang kini memimpin Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) Nasharuddin Md Isa dikatakan turut hadir dalam acara itu.
Asyraf Wajdi sebelum ini berkata pertemuan pemimpin-pemimpin politik, NGO Islam, ulama dan cendekiawan Islam itu bertujuan membincangkan perkara-perkara melibatkan kepentingan umat Islam.
Menurut Bernama, MPI dianggotai tokoh pelbagai latar belakang meliputi ahli agama, ahli akademik, tokoh korporat dan pemimpin NGO.
Ia berperanan sebagai kumpulan pemikir bagi membantu kerajaan dalam memberikan idea dan cadangan ke arah melaksanakan agenda pembangunan negara menurut landasan syarak.
PAS sebelum ini menyatakan kesediaannya bekerjasama dengan mana-mana pihak demi kepentingan Islam, termasuk Umno.
Labels:
Semasa