Home » » Keindahan puncak Bukit Keluang perlu dikekalkan

Keindahan puncak Bukit Keluang perlu dikekalkan

Written By aku on Wednesday, 10 February 2016 | 1:16 pm


BESUT - Keindahan alam semulajadi di puncak Bukit Keluang di Besut perlu dikekalkan kerana ia berpotensi menjadi pusat rekreasi untuk pelancong yang berkunjung ke daerah ini, pada masa depan.

Menteri Pendidikan Tinggi yang juga Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, puncak Bukit Keluang yang kaya dengan keindahan flora dan fauna turut menjadi lokasi untuk menikmati panorama indah matahari terbit pada ketinggian 85 meter dari paras laut.

"Panorama dari atas puncak Bukit Keluang amat menarik dan mengagumkan dan promosi harus dilakukan oleh pihak berkuasa supaya lebih ramai dapat datang merasai dan mengalami sendiri ketika mendaki," katanya selepas mendaki puncak Bukit Keluang bersama lebih 800 pendaki di sini hari ini.

Pendaki berkenaan terdiri daripada penduduk tempatan dan luar sempena Program Fit Bukit Keluang Besut 2016 anjuran Umno Bahagian dan Pergerakan Pemuda Besut.

Menurut Idris, keindahan semulajadi puncak Bukit Kelaung perlu dikekalkan dan pembangunan di situ tidak perlu dilakukan agar dapat menarik lebih ramai pendaki.

Beliau berkata puncak Bukit Keluang yang menjadi satu lagi daya tarikan kepada pengujung ke Besut kini dilawati hampir setiap hujung minggu oleh pelbagai pihak sejak ia dibuka tahun lalu.

Katanya, selain Bukit Keluang terdapat juga Bukit Bubus berdekatan yang kini semakin popular bagi peminat sukan lasak luncur angin berekreasi setiap hujung minggu.

Program santai mendak yang bermula jam 7.30 pagi itu, turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Datuk Muhammad Pehimi Yusof dan Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Putera Mohd Mahdi Musa.

Sempena program berkenaan, turut diadakan acara gotong-royong membersih pantai Bukit Keluang, program berjalan 10,000 langkah, pemeriksaan kesihatan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan dan pertanding berselfie di atas puncak Bukit Keluang. - Bernama





















Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger