Kanak-kanak putus jari kaki tersepit eskalator
Written By aku on Tuesday, 9 February 2016 | 4:47 pm
KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak lelaki terputus keseluruhan jari kaki apabila tersepit pada tangga eskalator di tingkat bawah KTM Komuter, KL Sentral, petang tadi.
Dalam kejadian itu, dia yang berusia empat tahun difahamkan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur oleh ambulan sebelum anggota bomba tiba.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, seramai lima anggota dan seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 5.43 petang.
"Kejadian telah berlaku dua jam lebih awal sebelum pihak Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur terima panggilan.
"Sejurus tiba, anggota bertindak pantas mencari dan mengambil jari kaki yang terputus untuk diserahkan kepada pihak hospital," katanya.
Labels:
Semasa