Home » » ‘Rumah uzur itu syurga kami’

‘Rumah uzur itu syurga kami’

Written By aku on Tuesday 9 February 2016 | 4:32 pm


TUMPAT - Tiada apa yang lebih bermakna bagi pasangan suami isteri, Mat Yie Ibrahim, 48, dan Hanisah Samad, 40, apabila impian memiliki rumah selesa menjadi kenyataan.

Pasangan itu menerima rumah di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) bernilai RM40,000 melalui peruntukkan disediakan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di Jabatan Perdana Menteri.

Hanisah berkata, rumah baharu ini menyelesaikan masalah keluarganya yang tiada tempat tinggal sempurna memandangkan rumah didiami kini amat uzur.

“Rumah lama tunggu masa nak roboh, tetapi walau apa keadaan sekali rumah tersebut, itu adalah syurga kami bersama enam anak.

“Alhamdulillah akhirnya termakbul juga impian kami untuk tinggal di rumah selesa selepas memohon bantuan rumah ini lima tahun lalu,” katanya.

Rumah PBR tersebut dibina atas tanah milik Mat Yie yang merupakan seorang buruh, bersebelahan rumah lama mereka di Kampung Bunut Sarang Burung, di sini.

Penyerahan replika kunci rumah disempurnakan Pemangku Ketua Umno Bahagian Tumpat, Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz.

Sementara itu, Mohd Rosdi berkata, sebanyak 56 rumah PBR dibina di Parlimen Tumpat di bawah peruntukan tahun 2015.

“Masih ada empat rumah PBR belum diserahkan kepada penerima, manakala yang lain sudah siap dan telah diduduki penerima yang merupakan golongan miskin tegar dan berdaftar dengan e-Kasih,” katanya.

Tambahnya lagi, rumah PBR dilengkapi dengan tiga bilik tidur dengan keluasan 600 kaki persegi.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger