Home » » Pengorbanan ibu berusia 100 tahun

Pengorbanan ibu berusia 100 tahun

Written By aku on Saturday, 8 February 2014 | 11:28 am


Kuala Nerang: Pengorbanan seorang ibu berusia 100 tahun menjaga anak lelakinya yang juga orang kelainan upaya (OKU) berusia 62 tahun, sangat menyentuh hati walaupun warga emas itu sudah lanjut usia dan uzur.
Usia melebihi satu abad tidak menghalang Meliah Md Diah menunjukkan kasih sayang terhadap anak bongsu daripada empat beradik, Abd Rahman Saud, yang hanya mampu meniarap dan boleh bercakap dengan sempurna sejak dilahirkan akibat penyakit sawan.
Meliah yang berasal dari Kampung Bukit Nambua, Mukim Belimbing Kanan, di sini, berkata, sejak suaminya meninggal dunia 20 tahun lalu, dia mengambil alih menjaga anaknya sehingga sekarang walaupun kudratnya tidak kuat lagi.
“Nenek sedih mengenangkan nasib dia sekiranya ditakdirkan nenek meninggal dunia kerana tiga abang dan kakaknya juga sudah meninggal dunia. Dua anak nenek meninggal dunia semasa kecil manakala seorang lagi meninggal dunia ketika berusia 23 tahun.
“Kini yang tinggal hanya kami berdua menghabiskan sisa hidup bersama. Sejak kecil sehingga sekarang, Man (Abd Rahman) dilahirkan cacat kerana penyakit sawan yang dialaminya. Dia hanya mampu meniarap dan mengensot sedikit demi sedikit untuk bergerak,” katanya ketika ditemui di rumahnya, lapor Hmetro.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger